Menasihati Pihak Berkuasa Negeri tentang pengurusan air kepada Negeri khususnya berkaitan perundangan, penggunaan, pembangunan, pemulihan, pengurusan dan pengawasan sumber air secara mampu dan maksima untuk faedah semua pihak dan sumber air;
Fungsi & Kuasa
Fungsi dan kuasa Lembaga seperti yang termaktub dalam Enakmen Sumber Air Perak 2023
Fungsi Lembaga
Lembaga hendaklah mempunyai fungsi-fungsi untuk—
Menasihati Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan dasar dan perancangan sumber air berhubung tidak terhad kepada cara-cara dan langkah-langkah yang hendak diambil untuk membina, memelihara dan mengelola pembangunan mampu, penggunaan dan pemulihan sumber air yang efisien bagi maksud awam;
Membangun, melaksana dan menggalakkan projek infrastruktur untuk tujuan sumber air;
Mengatur dan mengawal pemindahan air antara lembangan atau antara negeri;
Membangun dan melaksanakan panduan, standard prestasi, cara-cara dan taksiran berkaitan berhubungan dengan pengurusan, penggunaan, pemeliharaan dan pemulihan sumber air;
Menyelaras perhubungan pelbagai agensi dalam Negeri dan antara negeri-negeri dan menggalakkan kerjasama serta penyelarasan untuk kegunaan sumber air pelbagai fungsi;
Menerima pakai dan melaksanakan apa-apa dasar, pelan dan program yang sesuai yang diarah oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Rujukan Perundangan
Fungsi dan kuasa ini adalah sebagaimana yang termaktub dalam Enakmen Sumber Air Perak 2023 (Enakmen 18). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada salinan penuh Enakmen.
Maklumat
Lembaga Pengurusan Sumber Air Negeri Perak (LPSA Perak) adalah badan kawal selia yang bertanggungjawab mengurus sumber air negeri secara bersepadu.
Ditubuhkan di bawah Enakmen Sumber Air Perak 2023 yang diluluskan pada 27 September 2023.