BM | EN
Maklumat Korporat

Penubuhan

Sejarah penubuhan dan perjalanan LPSA Perak sebagai badan kawal selia sumber air negeri

Latar Belakang

LPSA Perak berfungsi sebagai sebuah badan kawal selia sumber air negeri yang diperuntukkan tanggungjawab dan kuasa di bawah Enakmen Sumber Air Perak 2023 untuk mengurus sumber air negeri secara bersepadu melalui mekanisme pelesenan dan tindakan penguatkuasaan sumber air, dengan penekanan khusus kepada kawalan pencemaran dan pewartaan kawasan perlindungan sumber air.

Enakmen Sumber Air Perak ini telah diluluskan oleh Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan pada 27 September 2023.

Sejarah Penubuhan

Perjalanan LPSA Perak sejak penubuhannya hingga kini

27 September 2023

Kelulusan Enakmen oleh Dewan Negeri

Dewan Negeri Perak meluluskan Enakmen Sumber Air Perak 2023 (Enakmen 18).

Ini merupakan asas penubuhan LPSA Perak.

1 Mac 2024

Enakmen Berkuat Kuasa

Tarikh Enakmen 18 (Enakmen Sumber Air Perak 2023) berkuat kuasa.

LPSA Perak secara rasmi mula ditubuhkan melalui Enakmen ini.

Beberapa undang-undang negeri dimansuhkan:

  • Enakmen Feri 1901
  • Akta Air 1920
  • Enakmen Pengurusan Pesisir Pantai Perak 2016
2024 – 2026

Fasa Pertama

Fasa awal LPSA Perak selepas penubuhan.

Aktiviti utama termasuk:

  • Pengenalan LPSA Perak kepada industri & awam
  • Penetapan tarikh kuat kuasa bahagian-bahagian tertentu Enakmen
  • Penggubalan Peraturan-Peraturan Sumber Air Perak (Pengabstrakan & Pelencongan Air)
  • Pemberitahuan Caj Air 2025
  • Pewartaan Kawasan Perlindungan Sumber Air
1 Ogos 2025

Kuat Kuasa Penuh Enakmen

Kuat kuasa penuh Enakmen Sumber Air Perak 2023.

Semua peruntukan Enakmen mula berfungsi sepenuhnya.

2027 – 2030

Fasa Kedua

Pembangunan peraturan tambahan.

Peraturan yang digubal:

  • Peraturan Pengubahan Sumber
  • Peraturan Kawalan Pencemaran
  • Peraturan Kompaun
  • Caj Air (Pengubahan Sumber & Kawalan Pencemaran)
2031 – 2033

Fasa Ketiga

Pembangunan peraturan untuk navigasi dan rekreasi.

  • Peraturan & Caj untuk Navigasi dan Rekreasi Air

Maklumat

Lembaga Pengurusan Sumber Air Negeri Perak (LPSA Perak) adalah badan kawal selia yang bertanggungjawab mengurus sumber air negeri secara bersepadu.

Ditubuhkan di bawah Enakmen Sumber Air Perak 2023 yang diluluskan pada 27 September 2023.

 

Tag Popular