BM | EN

Lawatan Delegasi Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak (LPSA Perak) ke FGV Industries Sdn Bhd

SUNGKAI, 23 Julai 2025 - LPSA Perak telah mengadakan lawatan rasmi ke FGV Industries Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkukuh jalinan kerjasama dengan pihak industri.

Delegasi LPSA Perak

Lawatan ini disertai delegasi seramai 8 orang yang diketuai oleh YBrs. Puan Siti Azura binti Haji Juki, Pengarah LPSA Perak, bersama-sama:

  • Encik Muhammad Hanif bin Maarof - Jurutera LPSA Perak
  • Encik Mohammad Suffian bin Zakaria - Pegawai Pelesenan
  • Serta beberapa orang lagi kakitangan LPSA Perak

Platform Penerangan & Pencerahan

Lawatan ini turut menjadi platform penting bagi LPSA Perak untuk menerangkan secara lebih jelas mengenai penubuhan LPSA Perak serta memberikan pencerahan berhubung Peraturan-Peraturan Sumber Air dan Pemberitahuan Caj Air yang sedang dilaksanakan.

Sesi Taklimat

Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh dua pegawai LPSA Perak, iaitu Encik Muhammad Hanif bin Maarof dan Encik Mohammad Suffian bin Zakaria. Taklimat tersebut merangkumi penerangan terperinci mengenai:

  • 📋 Punca kuasa serta fungsi LPSA Perak
  • 📝 Proses permohonan lesen yang terperinci
  • 📄 Jenis-jenis borang yang digunakan

Lawatan Tapak

LPSA Perak turut berpeluang melawat kolam tadahan operasi FGV Industries Sdn Bhd serta kawasan pam air, bagi memantau dan melihat sendiri kaedah pengurusan air yang dilaksanakan.

Harapan & Kerjasama Strategik

Semoga pertemuan ini dapat memberi maklumat dan gambaran yang lebih jelas mengenai fungsi serta peranan LPSA Perak, di samping memperkukuh kerjasama strategik dengan pihak industri demi memastikan sumber air negeri dapat diurus secara lebih mampan dan berkesan.

Slogan LPSA Perak: "Sumber Air Terpelihara, Masa Depan Terjaga"

#LPSAPerak #PerakSejahtera2030

Related Articles

Maklumat

Lembaga Pengurusan Sumber Air Negeri Perak (LPSA Perak) adalah badan kawal selia yang bertanggungjawab mengurus sumber air negeri secara bersepadu.

Ditubuhkan di bawah Enakmen Sumber Air Perak 2023 yang diluluskan pada 27 September 2023.

 

Tag Popular